Monday, 18 December 2017

Kesan-kesan yang timbul akibat kurangnya semangat kejiranan dalam masyarakat

  Sememangnya generasi kini amat perlulah semangat kejiranan antara masyarakat, namun sebaliknya yang berlaku dan semakin hari semakin membarah. Contohnya, amalan-amalan buruk seperti perangai orang bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar, melepaskan puck masing-masing. Keadan ini tidak lagi mengikut saranan daripada Kerajaan Malaysia atas masyarakat yang tidak bekerjasama. Justeru,sebelum kudis menjadi tokak, moleklah kita melebarkan skop perbincangan kita dalam kesan-kesan yang timbul akibat kurangnya semangat kejiranan.
   Marilah kita melebarkan skop perbincangan kita dengan lebih khusus di bawah kata kunci apakah kerenah gologan murba setempat yang menyebabkan semangat kejiranan kian merosot?
             Pokok bunga penghias taman,
Ditanam bersama lada sulah;
          Kenali jiran erat kemesraan,
                                                      Moga terjalin ikatan ukhuwah.                                                    
Izharnya, pantun Melayu ini sudahlah ketara menunjukkan bahawa hal perpaduan ini seyogianya bersinergi bagi membendung kemelut ini kerana bertepuk sebelah tangan tak berbunyi. Natijahnya ialah perpaduan negara akan terjejas juga sekiranya keadaan ini langsung tidak dibasmi. Faktor yang kedua, karenah marhaen yang tidak mempedulikan jiran-jiran tetangga yang bermasalah atau bersusah. Tamsilnya, keluarga yang melancong, jiran yang gering, malapetaka yang menimpa dalam keluarga mereka dan seumpamaya. Keadaan ini juga telah mengudang impak yang bertapak buruk kepada masayarakat dan negara. Orang-orang tua pernah berkata bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.Mengapa? Hal ini kerana jiran-jiran setempat tidak mengendahkan ataupun cakna atas dosa malang yang melanda mereka kerana malang tidak berbau. Sudah terang lagi bersuluh,masayarakat setempat ialah nukleaus bagi menyemarakkan tanah air kita. Jadi, kita mestilah mengubah peranagai kita dan menjanakan nama negara secara bekerjasama bagai aur dengan tebing, bak kata pepatah, tegak rumah kerana tiang, tegak negara kerana perpaduan. 
   Di samping itu, tindakan yang diambil oleh kerajaan kita jugalah afdal dalam mengekalkan nusa kita senantiasa dalam keadaan yang sakinat. Sebab yang berlakunya semangat kejiranan merosot dalam kalbu masyarakat ialah kekurangan anjuran aktiviti atau kempen kejiranan. Amsalnya, gotong-royong, pertandingan permainan tradisional dan pertandingan bersukan. Itulah yang menjadi jika jiran tidak pernah berhubung atau bergaul dan tidak mengenali apa-apa daripada jiran-jiran setempat. Seandainya kerenah ini masih tidak ditangani, perpaduan negaraku, Malaysia akan dijejaskan dan imej kita akan tercalar dalam segenap empat penjuru persada dunia ini. Bulan sudah terang bayang sudah jelas, jiran-jiran setempat yang masih enggan kenal-berkenalan akan mengakibatkan negara kita akhirnya menemui jalan buntu.
   Izinkan saya memetik serangkap daripada sebuah lagu yang didendangkan oleh Allahyarhum Sudirman:
Bait- bait lagu di atas sering mengusik hati pendengar lagu Sudirman yang merupakan penyanyi lagenda kita. Liriknya-liriknya mengingatkan kita kembali kepada ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita dan ibu bapa juga berperwatakan penting dalam mendidik anak-anaknya kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Rentetan itu,Semagat kejiranan perlulah disemai dalam lubuk hati kita sejak dari azali lagi degan aforisme melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, ibu dan bapa pula seing dikatakan bahawa anak ibarat kain yang dikomersialkan. Jika semangat kejiranan ini tidak disemai atau dipupuk, maka sebaliknya yang akan berlaku. Sudah nyata lagi jelas, peranan ibu bapa bertapak signifikan dalam mendidik anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak mereka secara jelas bagai menatang minyak yang penuh.
   Selanjutnya, guru-guru di sekolah pula mempunyai peranan yang mustahak dalam menzahirkan semangat kejiranan dalam seseorang pelajar sekolah terutamanya guru Pendidikan Moral. Pendidikan Moral hari ini semakin dianaktirikan kerana subjek ini tidaklah terasa penting dalam sanubari seseorang pelajar. Jadi, guru juga berperwatakan vital dalam mendidik pelajar-pelajar dalam mengamalkan amalam bersatu padu, bekerjasama dengan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan sebagainya. Bersatu teguh, bercerai roboh, cogan kata ini jelasnya mengatakan bertapak afdalnya kerjasama antara kalangan masyarakat. Malangnya ialah pelajar pasca kemodenan ini,Pendidikan Moral semakin dianaktirikan kerana subjek ini tidaklah terasa penting dalam sanubari seseorang pelajar tanpa alasan yang munasabah. Tuntasnya, guru-guru mesti memastikan para pelajar sentiasa menganggap subjek Pendikkan moral ini penting kerana orang pernah berkata orang yang bersahsiah mulia akan hidup lama, orang yang buruk akhlaknya sebaliknya yang akan berlaku.
   Sebagai akhirulkalam, nampaknya negara kita telah menghadapi pancaroba yang seolah-olah tiada penghujungnya dan telah bermaharajalela. Kerjasama merupakan inti yang vital dalam menjaminkan perpaduan nusa kita. Pada era kemajuan ini, golongan masayarakat ini mestilah memajukan sendiri dan jangan sepuluh jong masuk ke kuala anjing tetap bercawat ekor. Jikalau adanya kerjasama antara setiap orang di seluruh Malaysia, aspirasi kita, Transformasi Nasional 2050(TN50) mesti boleh dicapai tanpa halangan kerana sepakat kita kuat, berpecah kita rebah dan hal ini berkenaanlah dengan sebuah pantun yang terkenal iaitu:
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.